hari ini saya akan blog dengan bahasa malaysia. semoga saya dapat tulis dengan selancar-lancarnya. ;X
akhirnya, peperiksaan makmal BFP yang merupakan mimpi ngeri bagi saya sudah berakhir. tapi sedih, saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat kesemua soalan yang diberi. haihs. banyak jawapan yang ditinggalkan kosong.. matilah kali ini. ;(
aduhai. kini saya berasa sangat takut kalau-kalau dapat markah yang tidak memuaskan. mesti kena tembak kuat-kuat. wuwu. harap-harap saya dapat melepasi dugaan ini!
gambar hari ini:
inilah rupa yang tensyen sebelum peperiksaan.
rupa-rupanya begitu susah mahu blog dalam bahasa malaysia. kalau selalu macam ini, mesti kena penyakit tekanan darah tinggi.
harap maaflah kalau blog saya ini ada banyak kesalahan tapi ini adalah untuk kegunaan sendiri sahaja. sekian sajalah entri ini. terima kasih atas kesabaran anda untuk membaca. HAHAHA.
the best place to cry is in the rain.. where no one will know.